Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati
yang mahu berkongsi suka duka bersama.
Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah,
katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah
lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.
“Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati
kecuali yang menolong ketika susah.”
“Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh
mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.
“Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun
yang penduduknya berhati manusia.”
Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana
sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya.
Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya
kecuali dalam keadaan terpaksa,
tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.
“Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya.
Berpisah dengannya bererti istirehat.
“Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih,
meskipun memerlukan daya usaha yang keras.
“Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu
dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan.
“Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya,
tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
“Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana
dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.
“Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan
akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.”
Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya
dengan menunjukkan rasa persahabatan.
Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf
dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega,
jiwaku bebas daripada bara permusuhan.
“Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.
Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.
“Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku
kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada
orang yang kucintai.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan