Welcome to my Blogs -_- . Follow k ? kan dah alang-alang mari follow lh ;)

Jangan terlalu mencari kesempurnaan, kelak kau akan KEHILANGANNYA


Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL....


 tumblr_l7fhuhbwKA1qzfq3xo1_500



Kata-Kata untuk harini: Jika mahu mencari yang SOLEH, kurangkan sedikit agenda menCARI yang SOLEH, tetapi berusahlah untuk menjadi yang SOLEHAH...Jika inginkan yang SOLEHAH, janganlah cerewet sangat mencari yang SOLEHAH, tetapi berusahalah untuk menjadi yang SOLEH...Jika bertemu yang SOLEHAH, SOLEHAHnya belum tentu kekal..Jika bertemu yang SOLEH, SOLEHnya pun belum tentu kekal..Kerana yang SOLEHAH dan SOLEH itu juga manusia, insan biasa yang boleh sahaja berubah dan bertukar menjadi sebaliknya..Oleh itu, fokuslah kepada usaha untuk menJADI yang SOLEH dan SOLEHAH dari agenda menCARI yang SOLEH dan SOLEHAH, kerana disitulah sebanarnya pemudah jalan untuk mencari pasangan yang SOLEH dan SOLEHAH.



p/s:suatu perubahan bermula dari diri kita sendiri...

Tiada ulasan: